“KORIDOR RAYA MULTIMEDIA /MULTIMEDIA SUPER CORIDOR (MSC) DAN STRATEGI
ICT DI MALAYSIA
KESELURUHANNYA AKAN MEMBOLEHKAN MALAYSIA
MELOMPAT KATAK (LEAP FROG) KE ERA REFORMASI BARU YANG AKAN MEMBEBASKAN DAN
MEMAJUKAN MASYARAKAT”
(blog ini berbahasa Melayu)
Pelaksanaan perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) menurut Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dirancang untuk diperluaskan ke seluruh
negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Berdasarkan Rancangan Malaysia
Kelapan (RMK-8), terdapat tujuh aplikasi perdana peringkat pertama iaitu:
sekolah bestari, telekesihatan, kerajaan elektronik, kad pintar pelbagai guna,
pusat pemasaran, tanpa sempadan, gugusan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
serta jaringan pengeluaran sedunia. Adapun pelaksanaan aplikasi pertama akan
bertuju pada konsep sekolah bestari dan telekesihatan yang bertujuan untuk
menentukan tahap keberkesanannya. Sedangkan pada aplikasi kedua akan memberikan
tumpuan kepada usaha menarik pemaju teknologi tercanggih dan terkini untuk
menggalakkan aktiviti R&D dan pemindahan teknologi. Pada RMK-8 juga, pihak
kerajaan juga akan menaikkan taraf infrastruktur teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) pada rangkaian telekomunikasi terpantas di seluruh negara
termasuk di luar bandar. Sebagai yang kita tahu bahawa Infratruktur asas ICT
telahpun ada di dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. Tujuan lima tahun yang
akan datang ini menurut Perdana Menteri sendiri iaitu untuk menjadikan Malaysia
sebagai hubungan ICT dan multimedia di peringkat global.
Perluasan
infrastruktur ICT ke kawasan luar bandar bertujuan agar tidak terjadi perbezaan
jurang digital diantara masyarakat. Perluasan ini akan terus dilaksanakan dalam
bentuk pembangunan Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus latihan
dan kesedaran serta perkhidmatan rangkaian yang baik.
ICT
juga yang diperuntukkan untuk membangunkan Malaysia berlandaskan pada K-Ekonomi
di dalam sistem pembangunan negara. Adapun tujuannya adalah agar keupayaan
negara bersaing dalam era globalisasi dan liberasi dengan cara yang berkesan.
Menurut perkembangannya, proses pembangunan telah
mengalami perubahan daripada pembangunan pertanian, industri, dan sekarang
berada pada pembangunan teknologi maklumat. Untuk itu diharapkan agar seluruh
masyarakat bergerak dengan arus pembangunan ini agar kita tidak ketinggalan
dalam setiap perkembangan yang ada.
Projek
mega negara, Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjadi lambang keunggulan
negara dalam ICT rantau ini dan juga dunia, tetap menunjukkan kerancakannya. Bagi
Fasa Pertama (1996-2003) daripada pelan pembangunan yang membabitkan tiga fasa,
ia mencatat kejayaan lebih awal daripada jadual perancangannya. MSC telah menjadi
bahagian utama yang mendorong pembangunan industri ICT negara selain membantu
berusaha merapatkan jurang digital dan membentuk usahawan tekno baru.
Secara
rasional, inisiatif kerajaan sepatutnya berjalan lancar kerana projek ini
diperuntukkan bukan untuk kemajuan dan kepentingan kerajaan yang memerintah melainkan
diperuntukkan kepada rakyat jelata yang bakal memanfaatkannya. Semua itu
dilaksanakan untuk membolehkan masyarakat bangkit maju dengan teknologi digital
yang kini berkembang pesat selain bersaing secara global. Kini usaha untuk
merapatkan jurang digital yang mulai ketara di negara ini, diusahakan melalui usaha
kerajaan yang seboleh-bolehnya menjadikan rakyatnya celik komputer. Kesungguhan
Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebagai hubungan utama ICT melalui pembentukan
projek MSC, telah tercatat dalam senarai dunia sebagai antara negara termaju dalam
teknologi. Untuk itu peranan dan sokongan masyarakat ke arah pergerakan itu
harus memiliki fungsi serta mampu merealisasikan matlamat negara menjadi negara
maju dalam ICT. Walaupun ada juga pandangan yang tidak menyetujui dengan mengaitkan
peristiwa negatif yang pernah berlaku dalam industri ICT negara.
Sehubungan
dengan itu, perkara kecil yang boleh menjadi barah dalam meyakinkan syarikat
utama mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang tepat untuk mereka bertapak
dan melabur. Walaupun ekonomi negara dan dunia masih lembap, kebanyakkan
syarikat utama berkeyakinan dan sanggup memberi komitmen tinggi untuk kejayaan
bersama terhadap industri ICT negara.
Pengenalan
teknologi baru akibat dari penggabungan teknologi seperti Internet, komunikasi
dan komputer, yang dijangka diperkenalkan pada 2002 ini akan menunjukkan kehebatan
negara dalam membangun bersama teknologi baru itu. Sebagai negara pertama di
dunia yang memperkenalkan kad pintar pelbagai guna, MyKad, 2002 harus menjadi
platform penting negara untuk memantapkan penguasaannya dalam teknologi ICT
sama ada pada peringkat serantau atau global. Berdasarkan banyak kemajuan dan
pelbagai yang dicapai tahun lalu, akan berlaku kejayaan Malaysia yang membabitkan
kerajaan atau swasta pada tahun 2002.
Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi
ataupun ICT bukanlah satu pilihan tetapi merupakan satu keharusan kepada kita
semua jika ingin berjaya dalam kehidupan di alaf baru ini. Kemunculan ICT telah
lama berlaku dan teknologi ini sekarang menyelubungi kehidupan kita dalam semua
urusan harian. Tidak ada satu bidang pun dalam urusan harian tidak disentuh
oleh perubahan teknologi. Perkembangan teknologi ini kini meliputi seluruh
dunia mulai dari dunia pertama hingga ke dunia ketiga. Kemajuan teknologi
maklumat telah juga melintasi sempadan negara, budaya dan bangsa kerana teknologi
telah berada di tengah-tengah kehidupan kita sekarang dan akan terus
mempengaruhi cara hidup kita di masa yang akan datang.
ICT
menjadi satu dictating technology dinamik yang tidak boleh kita perkecilkan.
Pembangunan ICT mewujudkan produk-produk baru yang berupaya meningkatkan
produktiviti dan kecekapan dalam bidang ekonomi serta memudahkan urusan harian.
Hal ini sesuai dengan peran ICT sebagai pengubah cara dan corak kehidupan kita
dimana sahaja. Kesan perubahan ini terhadap peningkatan produktiviti adalah
besar dari segi pembangunan mengingat potensi ICT sebagai sumber pertumbuhan adalah
sangat besar. Proses perubahan yang cepat ini tentunya akan mewujudkan potensi
yang banyak kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi global dan pada masa yang sama
akan menjadi sumber ancaman kepada mereka yang tidak bersedia. Selain itu, perubahan
teknologi yang pesat boleh menyebabkan banyak produk yang dikeluarkan sekarang
menjadi lapuk dan tidak mampu untuk bersaing lagi dalam pasaran. Dalam lanskap perdagangan, keupayaan
kita untuk bersaing dalam pasaran global akan ditentukan oleh kemampuan dan
kecepatan kita menguasai ICT. Oleh kerana itu, kita perlu mengambil kira dan
memadukan perkembangan ICT sebagai salah satu elemen utama dalam perancangan
pembangunan ekonomi dan perniagaan untuk masa depan. Untuk itu, kita perlu
terus menggubal strategi yang bersesuaian untuk meletakkan ekonomi kita dalam
keadaan yang siap bersedia menghadapi cabaran dan persaingan dengan cara
membuat pegubahansuai mengikut perubahan masa. Banyak pendedahan yang akan dibuat mengenai strategi dan dasar pembangunan
ICT Negara serta kemajuan yang telah dicapai sehingga kini. Di samping itu,
penjelasan mengenai perancangan masa akan datang juga akan diberi tumpuan.
Banyak kemajuan yang telah dicapai di peringkat nasional
bagi menyajakan visi Koridor Raya Multimedia / Multimedia Super Corridor (MSC)
yang merencanakan pembangunan jangka pembangunan teknologi maklumat dan
komunikasi Negara bagi tempoh 1996-2020.
Komitmen
kerajaan untuk menyokong pembangunan ICT Negara dan pada masa yang sama adalah
ingin menyajikan visi Negara untuk melangkah ke era maklumat dan membangunkan
sebuah Negara maju yang mempunyai masyarakat matang dan kaya pengetahuan
selaras dengan wawasan 2020. Sehubungan itu, kerajaan telah bersedia
membangunkan sebuah cybercity yang dirancang di bawah visi MSC. Oleh kerana itu,
hasil persidangan MSC kebangsaan akan digunakan untuk mempelajari dan berkongsi
bersama pencapaian, pengetahuan, serta pengalaman dalam pelaksanaan projek
Koridor Raya Multimedia atau MSC. Sesungguhnya penyatuan usaha yang ingin dicapai
bukan sahaja untuk saling melengkapi tetapi juga saling menguatkan untuk
kepentingan bersama. Matlamat yang ingin dicapai adalah untuk membangunkan
syarikat teknologi tempatan menjadi asas kukuh dan berpotensi untuk muncul
sebagai syarikat yang bertaraf dunia dan berdaya saing.
Tumpuan
kepada aspek-aspek Persefahaman, Perpaduan dan Pembangunan adalah sangat
relevan dan tepat, oleh kerana perkaitan dan korelasi antara ketiga-tiga perkara
itu sangat rapat di negara berbilang kaum dan masyarakat majemuk seperti
Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa
kestabilan sosial masyarakat merupakan prasyarat utama untuk setiap negara
mencapai kemajuan dan pembangunan dan mempertahankan pembangunan itu secara
berterusan. Apabila keadaan masyarakat stabil, maka akan wujud suasana yang
membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan dasar-dasar jangka panjang
untuk rakyat, kerana tidak akan ada gangguan oleh tindakan-tindakan negatif
dalam kalangan masyarakat.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT telah dan akan
terus mengubah bentuk-bentuk interaksi dalam masyarakat dan antara masyarakat,
seperti antara Kerajaan dengan Rakyat, rakyat sesama rakyat, sektor bisnes
dengan rakyat, dan antara bisnes dengan bisnes. Banyak pemikiran dan pendekatan-pendekatan
lama dianggap tidak lagi relevan dan sehingga pemikiran dan pendekatan itu
telah diganti melalui hubungan Internet yang menjadi saluran utama Komunikasi
di peringkat global. Setiap negara atau masyarakat yang gagal memasuki aliran
utama Komunikasi dunia ini, akan tercicir dan terpinggir daripada
kemajuan-kemajuan di alaf baru. Kemajuan pada alaf baru pasti membawa pelbagai
perubahan dan pembaharuan yang secara langsung akan mempengaruhi cara negara
dan ekonomi yang ditadbirkan.
Teknologi
Komunikasi dan Maklumat akan semakin menjadi alat utama penggerak dunia
tahun-tahun abad ke 2000. Sekarang ini negara Malaysia mula memberi penekanan
kepada Ekonomi Elektronik dan Ekonomi Pengetahuan (E-Economy dan K-Economy).
Malaysia sudah pun bertindak untuk memanfaatkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, melalui beberapa strategi utama, seperti membangunkan Koridor raya
Multilmedia, mengalakkan pembangunan Industri Teknologi Maklumat, serta mewujudkan
tenaga-negara manusia yang berkemampuan untuk memanfaatkan teknologi tersebut.
Ini bererti generasi muda sekarang dan di masa akan datang harus mampu memiliki
ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang selaras dengan tuntutan suasana
ekonomi semasa. Pendeknya, pembangunan
tenaga manusia atau Human Resource Development akan menjadi kunci kepada kejayaan
negara di Alaf Baru kerana pelbagai produktiviti dari sektor ekonomi, dayasaing
negara dalam pasaran global berada di tangan kemampuan tenaga pekerja,
pengurus, pentadbir dan juga penyelidik dalam menggerakkan ekonomi. Dalam
banyak keadaan, kemampuan daya perintis akan menentukan kelebihan dayasaing.
Selain itu, ilmu pengetahuan akan menjadi penjana kepada segala pembaharuan dan
kemajuan, serta menjamin pembangunan berterusan.
Penerapan Sains dan Teknologi Membina
Negara memang dianggap penting. Ini kerana usaha kerajaan untuk
menerapkan budaya sains dan teknologi masih lagi berada ditahap yang minimum,
malahan lebih banyak tertumpu di pusat-pusat bandar dan institusi
pengajian sahaja. Kesedaran dan kecenderungan terhadap sains dan
teknologi dalam kalangan rakyat jelata masih rendah. Sekarang ini,
pembangunan sains dan teknologi di peringkat global terlalu banyak dan
cepat berubah. Perubahan ini telah menyebabkan banyak di antara kita berasa bahawa
kita sudah jauh ketinggalan, sehingga sukar untuk mengikuti kerana tidak mempunyai
asas dalam bidang ini. Misalnya kehadiran I.T telah menjadi satu
alat yang membawa banyak perubahan kepada cara kerja dan daya
saing ekonomi di seluruh dunia. Untuk itu, Teknologi maklumat dan komunikasi
atau ICT telah membawa perubahan baru kepada pengurusan sains
dan teknologi khususnya I.T. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah
menggubal agenda teknologi maklumat negara pada tahun 1996, dan berupaya
melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai pemangkin kepada
perkembangan industri I.T dan multimedia. Dengan adanya
semua kemudahan ini, kerajaan mengharapkan dapat menghasilkan lebih
banyak lagi golongan pencipta sains dan teknologi. Akan tetapi dapat kita
lihat sendiri, lebih banyak pengguna sains dan teknologi daripada pencipta
sains dan teknologi di Malaysia ini. Kerajaan telah mengenalpasti
beberapa kelemahan dan kekurangan yang menyebabkan kurangnya
pemikiran kreatif dan saintifik dalam kalangan masyarakat dan
pelajar kita.
Bagi Malaysia, cabaran yang terbesar
bagi menyediakan diri dalam era ekonomi baru ini ialah
melengkapkan sumber tenaga manusianya dengan pelbagai kemahiran
yang releven. Tanpa rancangan, penelitian dan strategi yang
bertepatan dengan langkah kerajaan untuk mencapai Wawasan
2020 melalui penyediaan tenaga sumber manusia yang berilmu selaras dengan
kemajuan negara berasaskan kemahiran, kreativiti serta berdaya
saing tinggi dalam tempoh 10 tahun sehingga 2010 mungkin tidak
akan tercapai. Masalah pekerja yang meruncing dalam
sektor-sektor tertentu telah menyebabkan negara kita terpaksa mengambil
pekerja-pekerja asing bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, perladangan
dan perkhidmatan. Sedangkan prasyarat pada zaman ICT yang selaras
dengan peralihan ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k- ekonomi
adalah dimana negara memerlukan tenaga pekerja yang berkualiti, berilmu
sains, berupaya pemikiran saintifik serta terlatih dan memiliki sikap yang sesuai dan personaliti yang
dinamik. Sehingga nantinya tenaga pekerja ini akan menjadi
modal untuk menjana inovasi dan pembangunan sains dan
teknologi yang kreatif dan asli. Dengan diadakannya visi negara untuk melangkah ke era maklumat dan
membangunkan sebuah negara maju yang mempunyai masyarakat matang dan kaya
pengetahuan selaras dengan wawasan 2020 membuat negara Malaysia
pada akhirnya dapat melompat maju melalui kegiatan membebaskan dan memajukan
masyarakat sendiri melalui pengetahuan dan penguasaan teknologi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar